JOHOR BAHRU – Sebuah insiden yang berlaku di Balai Polis Scientex, Johor Bahru, kini menjadi tumpuan selepas seorang wanita tampil membuat laporan mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan yang didakwa dilakukan oleh majikannya sendiri serta kelemahan tindakan pihak polis di balai berkenaan. Menurut mangsa, beliau telah dipukul dan diheret oleh majikannya seperti binatang hanya kerana gagal mencari dokumen yang tidak diketahui dan bukan berada di dalam simpanannya.
Mangsa yang membuat laporan polis tersebut berharap agar tindakan wajar dapat diambil dan keadilan dapat ditegakkan terhadap beliau. “Saya buat laporan di Balai Polis Scientex JB, tetapi polis hanya memanggil suspek untuk ambil keterangan dan membebaskannya selepas itu.
Keadaan ini sangat menyedihkan kerana mangsa wanita ini telah dizalimi dengan teruk,” kata mangsa dalam laporannya di media sosial. Isu ini menarik perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan majikan yang bertindak kasar dan menzalimi pekerja mereka.
Malah, ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap kecekapan pihak polis dalam menangani aduan berkaitan keganasan dan penderaan di tempat kerja. Pihak berkuasa digesa untuk menyiasat dengan telus dan mengambil tindakan tegas agar perbuatan seumpama ini tidak berulang.
Kes ini juga menimbulkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan hak pekerja dan keadilan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang.